Setelah Menanti 11 Tahun, Siti Nurhaliza Akhirnya Lahirkan Bayi Perempuan

Siti yang menikah dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 21 Agustus 2006 lalu ini akhirnya melahirkan anak pertamanya.

Star2.com
Siti Nurhaliza 

Laporan Wartawan Tribun Pontianak, Listya Sekar Siwi

TRIBUNPONTIANAK.CO.ID - Kabar gembira datang dari penyanyi dari negeri seberang, Siti Nurhaliza.

Siti yang menikah dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 21 Agustus 2006 lalu ini akhirnya melahirkan anak pertamanya.

Kabar ini dibagikan oleh perwakilan keluarga di instagram Siti, @ctdk.

Siti melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kg lewat operasi caesar, Senin (19/3/2018) pukul 8.17 pagi waktu setempat.

Baca: Meski Libur, Polisi di Meranti Tetap Lakukan Pengamanan di Gereja

@ctdk

Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Halaman
12
  • Ikuti kami di
    KOMENTAR

    BERITA TERKINI

    © 2023 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
    All Right Reserved